Wednesday, April 18, 2018

Review : Althea's Bare Essentials

Assalamualaikum,

Beberapa minggu lepas aku ada terima satu parcel dari Althea.Kr. Disebabkan busy dengan study, terlupa pula nak check email lepastu duk buat gelabah parcel apa la yang sampai haha. Rupa-rupanya dari Althea.Kr.


Apa yang saya dapat :
The Contour Cleanser 
The Primer Water
The Fixer Cream
Sample of Complete Set of Bare Essentials
Hand Mirror
Glass liner ( hm maybe lah hahaha)
Guide note


The Contour Cleanser 
Price : RM 23.00
Capacity : 150 g

Packed with soothing Ice Plant and detoxifying Lemon Myrtle extracts, this cleanser is densely filled with micro capsules that burst upon contact with water to gently cleanse, exfoliate, and detoxify skin. The Contour Cleanser helps to promote blood circulation, and reduces bloating and swelling for a defined, enviably slim face shape.


The Fixer Cream
Price : RM 50.00
Capacity : 50 g

This non-oily, quick-absorbing formula harnesses the power of Trehalose, an ingredient found in the cactus plant that prevents its moisture loss, to provide the skin with 24-hour hydration. This ultra nourishing wonder cream is also rich in antioxidants derived from Camellia Sinensis (green tea) seed oil, and helps to promote collagen regeneration using Baobab Tree extracts. Upon application, your skin is left looking great and feeling bouncy to the touch.


The Primer Water
Price : RM 43.00
Capacity : 200 ml

Both a hydrating toner and a primer in one, the Primer Water contains patented dewdrop technology (Macro Fluidic Dispersion technology) that gently fills the gaps between pores and allows hydration to penetrate deep within the layers of the skin. Made with Snow Lotus extracts, this skincare heavy hitter has an incredibly smooth and silky texture that enhances the skin’s natural glow, leaving you with the perfect canvas.

So this is my honest honest honestttt review about this new skincare set from Althea.Kr. Benda yang paling best sekali parut hilang. Like seriously weh saya tak perasan pun pasal parut ni sebab busy sangat. Ni pun sebab kawan yang tegur, hahaha. Dia tanya pakai apa ja mana parut dah pudar. Lepas tu cakap la pakai Althea punya skincare. ( I know you will read this -_-) Pada mulanya pakai yang sample dulu incase tak sesuai ke apa ke. Bila sample pun dah menakjubkan apatah lagi yang lain. Paling suka The Primer Water, walaupun dia toner, tapi tekstur dia pekat macam serum tapi taklah pekat sangat haha. Fixer Cream pun best sebab tak melekit dan sesuai untuk oily skin. Love love love <3



For more information, boleh check dekat :
Website : https://my.althea.kr/
Instagram : @altheakorea

* Nak ke perbezaan gambar sebelum dan selepas guna? Tapi serius, produk ni bagus untuk hilangkan parut haha. Nanti aku buat kalau ada masa sebab sekarang tengah busy. Huwaa.




Sunday, February 4, 2018

Review : It's Skin Serum ( VC EFFECTOR)

Assalamualaikum

Harini aku nak buat review pasal serum dari brand It's Skin. Brand ni dari Korea. Serum dari It's Skin ni ada banyak jenis. So, aku pilih yang VC Effector sebab ada green tea! Green Tea ni macam satu ketagihan haha apa2 ja benda yang berkaitan Green Tea mesti nak try.

Product Info :
Product Name : It's Skin Power 10 Formula
Capacity : 30 ml
Price : RM 31.70
Where to get : Hermo Malaysia

Ingredients :
Water, Butylene Glycol, Glycerin, Polyglutamic acid, Ascorbyl Tetraisopalmitate, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Dipropylene Glycol, Ethyl Hexanediol, Carbomer, Ethylhexylglycerin, Triethanolamine, Acrylates/ C10-30 alkyl acrylate crosspolymer, Camellia Sinensis Leaf Extract, Fragrance, Disodium EDTA.

Effect on skin :
VC Effect: Brightening serum containing vitamin C and green tea components suppresses the formation of freckles that can make skin look dull and dark, and tightens pores to leave skin fair and luminous.



 
Texture dia light gila. Sesuai dengan oily skin!

My review :
Aku rasa produk ni bagus untuk moisturize kan kulit. Sebab rasa lembap sangat muka lepas pakai. Selalunya aku pakai waktu malam. Siang ikutlah kalau rajin sebab taknak membazir hehe. Produk ni claim brightening effect. So far so good la. Takdala cerah gila lepas pakai. No no no no. Untuk parut jerawat boleh la. Tak la sebagus aloe vera. I think aloe vera did a good job than this serum. Tapi serum ni boleh moisturize kan kulit dengan jayanya. Texture dia best, sesuai dengan oily skin.

Rateness :
7.5/10 (Boleh la untuk student bajet2 macam aku ni hahaha)



Ambik kau, banyak jenis serum boleh dapat, setiap serum ada effect tersendiri. Ada yang untuk whitening, pore, collagen and banyak lagi. Go check it out dekat hermo! P/s : belilah masa promo, dapat murah sikit hahahahahaha.


This is my honest review. This is not a paid/sponsored review.

Friday, February 2, 2018

Review : Planner 2018 Viral!

Assalamualaikum,

Haritu dalam group whatsapp mana entah (banyak sangat group, lupa pula yang mana haha) , ada sorang saudari ni dia tanya, "Ada sesapa nak share order tak planner ni? Jimat postage sikit." Aku macam weh ni planner yang dah lama aku usha tapi tak terbeli2. Pantas aku PM dia kata nak order hehe. Dia ada banyak design, rambang mata nak pilih. Last sekali aku ambik design kapal terbang ni. Nampak style sangat dengan map lagi. Dah la warna pink haha.



Harga : RM20 ( tidak termasuk postage)
Mana nak beli : Instagram : @mysyabab

 Content dalam buku ni full page warna warni. Takda hitam putih. And setiap page ada kata2 motivasi =)




Review : Aku suka planner ni sebab
  • First sebab design dia. Lawa dan comel. Memang semangat lah nak plan macam2 kalau planner dah lawa macam ni. 
  • Kedua, aku suka sebab dari first page sampai last page berwarna-warni. Takdalah murung hidup asyik planner yang design depan cantik2 tapi bila selak ke dalam warna hitam putih saja. 
  • Ketiga, sebab ada motivation quotes hampir setiap pages. Rasa motivated selalu tu penting guys. 
  • Keempat, ada ruang khas untuk kita kira perbelanjaan bulanan kita. Senang la nak budget. Sesuai untuk student. 
  • Kelima, sangat sangat sangat sesuai untuk orang Islam sebab ada checklist untuk bacaan Al-Quran, Solat. Even waktu solat setiap bulan pun ada tercatat dalam planner ni. Fuh, hampa kena dapatkan planner ni! *promote haha.

Kalau hampa nak juga, hampa boleh direct dekat @mysyabab terus. Tapi dekat instagram , banyak agent planner ni. Banyak juga instafamous yang review planner ni. Agent pun banyak. Jadi, ikut kesesuaian hampa nak beli dekat sapa.Yang penting dapat planner tu haha. Tak tergugat ka tengok design-design planner niiiiii.

This is my honest review. This is not a paid/sponsored review.




Sunday, January 21, 2018

Well-Monday #1

Assalamualaikum,


When you're comfortable in your own skin... you're Beautiful. Confidence is the best makeup you could ever wear.

Saturday, January 20, 2018

Review : Nature Republic Best Soothing Duo (Aloevera and Face Mist)

Assalamualaikum. Hari ni nak review produk from Nature Republic. Rasanya semua orang dah tahu akan kewujudan produk ni kan kan kan kan?


Product Info
Product name : Nature Republic Soothing Duo
What you get : 1) AloeVera 2) Face Mist
Price : RM 27.80 (Price might be changed due to promotion)

Nature Republic Soothing & Moisture ALOE VERA 92% Soothing Gel 300ml


Aloevera ni bagus untuk soothingkan muka aku. Sebab aku ada dry patches disebabkan jerawat yang dah kering. Rasa meh sangat bila muka oily pastu tetiba ada satu bahagian tu kering. Pakai bedak Pixy pun rasa bersisik apatah lagi pakai bb cream ke apa. Haih, even pakai moisturizer pun bersisik macam kulit ikan -_- However, this aloe vera bagi muka aku lembut and moisturisekan balik muka aku yang bersisik tu. Tekstur dia gel dan sesuai untuk kulit oily and semua type of skin lah. Selalunya aku pakai time malam. Pakai aloevera ni tebal2 pastu buat sleep mask. Dengan syarat muka takleh kena bantal. Kalau tak bergel la bantak kalian :') Bila bangun pagi, Ya Allah, lembutnya muka. And cara ni boleh digunakan untuk menghilangkan small bump dekat muka. 

Watch this video to get know more about gel mask from Aloevera ;) *also read the comments. Most of the viewer give positive feedback!



Ni tekstur aloevera. Besar and macam tak pernah habis ja hahaha. Dah pakai 3 minggu dengan rakusnya tapi masih banyak dalam bekas tu hahaha. 



Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist 150ml


*excuse sambal yang melekat dekat baju iouls hahaha

So, this is my first ever face mist. Tapi face mist ni aku buat sebagai toner. Macam biasa , dia soothing and moiskan muka aku. Tapi yang ni macam cepat habis ja. Baru guna 3 minggu. Maybe sebab ketagih kot. Dok saja dok sembur dekat muka. Rasa macam minah korea sangat bila dab dab dekat muka haha. 

Oh ya, aku beli set ni dekat Hermo ya. Tapi taktahu la Althea.Kr ada jual ke tidak yang set macam ni. Sebab hampa juga boleh beli asing2. Tapi nak jimat beli ja set ni. Kenapa harus membazir beli satu-satu guys? Sayangi lah duit anda :')

Hermo Malaysia : 

Nature Republic Best Soothing Duo

Place your order nowwww!!!!

Ehem ehem, what works for me, might not work for you ya :)

Sunday, January 14, 2018

Dulu aku kpoper

Assalamualaikum,

Fuh, rilek ja aku memandang atas bawah orang yang minat Kpop sekarang padahal dulu aku pun sama. Siap tunggu ayah habis baca suratkhabar Pancaindera pastu terus selak bahagian kpop sebab nak cut gambar kpop and lekatkkan dalam buku :') Tapi sekarang dah hilang dari radar keminatan aku terhadap dunia Kpop ni. Sejak form 4 , masatu duduk asrama. Ada la update sikit lagu2 baru. Time tu yang paling hot Exo la guys. Aku paling minat dengan dak Sehun tu. Ingat lagi time tu MAMA Awards kot, rambut dia putih, dia perform lagu Wolf dan Growl. Menjerit kegeriangan aku time tu dek kerana kehenseman dia.

Image result for sehun exo mama awards 2013
Nilah Sehun incase hampa tak kenal 

Bila habis SPM, dah tak dengar lagu Kpop. Asyik dengar lagu English ja. Avenged Sevenfold la, Muse, Linkin Park, Simple Plan la. Lagu Kpop ni tertanam dalamnya. Dah lama2 tu banyak pula group2 kpop yang lain yang muncul. Macam BTS. Haaa sebenarnya aku tahu BTS ja, yang lain nama macam nak ajak gaduh ja, nak pronounce pun rasa nak gaduh dengan google translate haha.

Oh ya, pada waktu begini aku saja throwback lagu kpop lama2. Macam group Beast, 2PM, MBLAQ, SS501, Super Junior, U-Kiss, Infinite, FT-Island, Cn-Blue. Haa ni la zaman kegemilangan aku hahaha. Mana layan BTS semua ni. Zaman ni la zaman di mana bermula semangat crush sana sini dekat artis kekepop ni. Orang panggil 'bias' kot. Entahlah, aku tak mahir bab benda macam ni.

Now playing : Ukiss/0330

SAPA JA YANG TAK KENAL UKISS GUYS? LAGU NI HOT KOT WALAUPUN TAK PAHAM LANGSUNG MV DIA CERITA BENDA APA?!?!

Featured Post

Review : Althea's Bare Essentials

Assalamualaikum, Beberapa minggu lepas aku ada terima satu parcel dari Althea.Kr. Disebabkan busy dengan study, terlupa pula nak check ema...