Sunday, July 9, 2017

Review : Syahirah Korean Secrets white Glow Night Cream

Assalamualaikum


Hari ni nak review pasal produk Syahirah. Produk Syahirah ni available dekat drugstore, Guardian, Watsons dan pasaraya yang terpilih. Dulu, kakak aku muka jerawat teruk sebab hormon. Dia pakai krim jerawat Syahirah yang warna oren kecik tu. Sekarang taktahu la Syahirah bawa keluar tak lagi produk tu. Tapi sekarang Syahirah bawa keluar produk baru. Syahirah Korean Secrets. Sesiapa teringin nak jadi macam Bok Joo, ya dipersilakan guna hehe. Sebenarnya, aku terpengaruh beli night cream Syahirah ni sebab mak aku kata kalau pakai night cream atau serum, hilanglah parut dekat muka tu. Jadi setelah survey, ternyata Syahirah juga jadi pilihan eden. ( jangan guna krim malam jenis kilo, nanti muka jerawat habisla sebab kandungan bahan kimia banyak sangat )

Syahirah
 Ada dua range ; White Glow Range dan Hydra Soft Range

  Beli dekat Guardian masa tengah promosi. Harga sebenar RM 24.50

Apa yang best pasal night cream ni?
  • Teksture light gila. Memang sesuai untuk orang yang ada oily skin dan combination skin. Highly recommended!
  • Tak melekit. Ada setengah krim malam jenis melekit buat kita tak selesa nak guna bila tidur.
  • Rasa sejuk ja bila pakai. Rasa muka dingin gila bila pakai. 
  • Besar gila! InsyaAllah tahan lama.
  • Boleh guna untuk teknik layering. Maksudnya layer pertama aku pakai moisturizer Aiken. Layer kedua aku pakai Night Cream Syahirah. Tak berminyak dan tak melekit sebab both of them light gila. Muka pun tak breakout. Tapi kena ikut teknik layering yang betul la hehe.
  • Kotak dan bekas dia cantikkkkkkk
  • Bau dia wangi gila sebab ada extract bunga Cherry Blossom, Lotus dan Camelia. Nak apa lagi? 3 bunga dia letak. Tapi, kalau sesiapa yang alergik dengan any frangrance/extract tak digalakkan guna ya.
  • Parut pudar. Jadi fungsi utama dia ialah mencerahkan muka. Jadi, disebabkan muka aku banyak parut, boleh nampak yang parut pudar sikit2. 
  • Bila bangun pagi, MASYAALLAH muka aku macam glowing sikit la hehehe Mungkin sebab night cream ni kot.
Apa yang tak best?
  • Kesan macam lambat,tapi takpa sebab laju-laju nak pi mana hahaha.
Entahlah, keburukan produk ni macam takda ja. Memang best krim malam ni.

Krim malam ni warna putih. Letak dekat tangan pun dah boleh rasa sejuk dia. Bila sapu rata, dia akan hasilkan macam air (rujuk gambar) Kemudian dap saja dekat muka. Tepuk2 dekat muka bagi dia serap. Memang mudah serap sebab krim tu dia bertukar macam air. Muka kita akan rasa sangat ringan.


Okay, hampa kena try krim malam ni sebab serius best. Tapi tak recommend untuk mereka yang berjerawat parah sebab better hampa rawat jerawat dulu dari hampa duk pulun bagi hilang parut. Sebab nanti jerawat susah nak sembuh pula sebab hampa duk fokus kot tempat lain.

Image result for SYAHIRAH KOREAN SECRETS WHITE GLOW ANTI-ACNE CLEANSING GEL 100G
 I'm gonna try this one like really soon. 

p/s : Aku kena tukar semua perkataan 'Syahirah' sebab aku tertulis 'Shahirah'. Haih.

Ini adalah review jujur aku. Tak ditaja serta menaja kehkeh. Lain orang lain muka. Maka, lain lah kesannya =)

1 comment:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Jarang dan tak pernah CCL ambil krim malam pada muka . Selalu sebelum tido bersih muka pakai mask homemade sendiri