Friday, May 19, 2017

Week 1 : Resepi Murtabak Ayam yang sedap lagi enak! (Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest)

Theme : Delicious Ramadhan 

Assalamualaikum

Memandangkan Ramadhan Ya Kareem akan menjelma tak lama lagi, jadi tahap imaginasi aku terhadap makanan-makanan yang akan dijual adalah sangat tinggi. Bulan Ramadhan sangat popular dengan makanan-makanan , minuman, dan kuih-muih yang jarang didapati pada bulan lain. Dari situ, kita kena bersyukur la. Maka nikmat apa lagi yang kau dustakan? 

1. What are your favorite Iftar dishes?

Image result for murtabak ayam
Sumber google

Dalam banyak-banyak juadah yang enak-enak, pilihan utama aku mestilah Murtabak Ayam. Kenapa Murtabak? Sebab Murtabak ni macam satu juadah yang wajib setiap kali berbuka. Walaupun Murtabak ni ada ja jual masa bulan lain, tapi bila bulan Ramadhan, dia punya aura sedap tu akan lagi bertambah. Selalunya aku akan berbuka dengan makayah aku saja. Beli murtabak 3 ketul pun sudah memadai untuk kami saja. Makan dengan bawang pink tu pula kan, memang sedap ah.

2. Share the recipe of the dishes

Huhuhu disebabkan aku tak tahu menahu mengenai cara buat murtabak ayam ini, maka resepi murtabak ayam telah diambil dari blog Fiza's Cooking. Mari kita sama sama menerokai cara membuat murtabak ayam dengan jayanya.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 hingga 1 ½ cawan air (Masuk 1 cawan air dan jika adunan keras tambahkan lagi air sedikit demi sedikit)
  • 1 sudu besar shortening ataupun boleh gantikan dengan mentega
  • 2 sudu besar susu pekat manis.
  • garam secukup rasa.
  • 1 sudu besar minyak
Cara membuatnya :
  •  Larutkan susu pekat manis, minyak masak dan garam  kedalam 1 cawan air. Seterusnya masukkan tepung,shortening  dan bancuhan air tadi  kedalam mangkuk pengadun.
  •  Uli hingga sebati dan Jika nampak dohnya agak keras tambahkan sedikit air dari 1/2 cawan air tadi.
  • Terus lagi menguli hingga doh menjadi a elastik dan rehatkan selama 30 minit.Tutup dengan kain lembab.Bentukkan menjadi bebola kecil seberat 75 gm-90 gm  setiap satu.Sapukan dengan minyak masak.
  • Perap selama  2 jam dan setelah itu tebar seperti membuat roti canai atau tarik nipis-nipis. Masukkan inti, lipat dan tutup balik. Goreng dengan api perlahan diatas kuali leper hingga masak.

BAHAN UNTUK INTI
  • 300gm daging ayam cincang
  • 2 labu bawang besar- dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih- di cincang
  • 4 sudu besar rempah kari
  • garam dan gula secukup
  • 6 biji telur
1. Tumis bawang besar dan  bawang putih hingga berbau wangi, masukkan daging ayam cincang dan rempah kari. Perasakan dengan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan. Bila inti telah suam, campurkan dengan telur dan kacau hingga sebati.

JERUK BAWANG
  • 1 labu bawang besar - dihiris halus
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • beberapa titis pewarna merah
Gaul semua bahan dan perap seketika. Apabila dah menjadi iaitu bawang menjadi lembut, bolehlah dihidangkan dengan murtabak.

SIAP!


Ya Allah mudahnya! Namun disebabkan oleh kemalasan untuk melakukan perkara di atas, jadi berjalanlah kita ke pasar ramadhan atau param untuk membeli murtabak ayam.

3. What kind of products can you find on Lazada's platform to help you prepare the dishes?




Berdasarkan pemerhatian aku terhadap cara-cara membuat murtabak di atas, adalah sangat penting untuk pembuat murtabak mempunyai pencincang daging atau ayam supaya murtabak yang dimasak menjadi lembut sekata. Household Mini Manual Meat Grinder Mincer Chopper Mincing Machine Kitchen Tool  boleh menolong untuk mencincangkan daging/ayam murtabak dengan cepat, pantas, dan berkesan. Jadi tidak perlu lah kalian sekalian menyusahkan diri memasukkan daging dalam plastik bag lalu menggelekannya dengan batu lesung agar terlerai dengan mudah.


Jangan lupa! Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale akan diadakan sepanjang 19 May 2017 sehingga 30 June 2017. Hampa semua akan mendapat special diskaun sehingga 90%! Mana lagi nak carik diskaun banyak2 macam ni? Dekat Lazada la. Click banner kalau nak shopping secara sakan menyakan.

p/s : Apa hampa punya favorite dishes masa bulan puasa? Jom share dekat sini sama =)

1 comment:

Nurul Afifah said...

All the best, ada join jugak hee. Mincer tu nampak tough gila habis lunyaii. If me mmg beli daging hancur teros je.

senang je buat roti nya, tapi adik nak try buat pakai kulit popia. macam macam je dia tu.

// afifahaddnan