Tuesday, May 30, 2017

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Assalamualaikum, huu Kak Ayue buat SGShop contest lagi. Jom join ramai-ramai. Mana tau rezeki kita di bulan Ramadhan yang mulia ni :D

Click banner kalau nak join =)

Cara penyertaan


1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawap 2 soalan berikut:

  • Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
  • Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

4) Komen di blogpost ini link entry anda
5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia

Q1 : Apakah servis yang SGshop tawarkan?

SGshop menawarkan servis perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk memudahkan pengguna membeli dari laman web e-dagang China iaitu Taobao.Com. SGshop menawarkan 1001 pilihan barangan yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti pakaian, barangan elektrik, barangan kecantikan, barangan rumah dan macam-macam lagi. SGshop memastikan pesanan pelanggan berada dalam keadaan selamat dan dihantar pada waktu yang ditetapkan. SGshop juga bekerjasama dengan logistik dan syarikat exspres yang terbaik untuk pengguna menerima pembelian mereka. SGshop turut bekerjasama dengan banyak bank untuk memastikan proses pembayaran selamat dan cekap.

Q2 : Senarikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia



Bag ni akan diguna untuk keperluan masuk universiti nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki. Kenapa beg ni? Dekat rumah takda beg balik kampung ka? Dekat rumah semua beg balik kampung diambil oleh kakak abang aku, maka sebagai anak bongsu, aku haruslah membeli beg sendiri untuk ke universiti :') Bag ni sesuai sangat nak sumbat baju banyak-banyak sebab dia besar dan luas.



Sebab nak beli kolam ni satu ja, untuk membahagiakan anak menakan aku yang tak boleh mandi swimming pool sebab alergik dengan air swimming pool. Asyik mandi dalam tub mandi baby pun tak boleh sangat. Kanak-kanak cepat membesar, maka sebuah kolam yang efektif dan tak perlu dipam adalah satu keperluan untuk dia. Boleh la bagi hadiah advance birthday. Kolam ni best sebab takyah pam just tebarkan macam tu ja. Mana la tau time tu dia merengek nak mandi kolam, jadi aku boleh jadi pantes menebarkan kolam tersebut lalu diisi air dan boleh dia bermandi manda di situ.



Huhuhuhuhu kenapa aku baru jumpa benda ni. Lens Wide-Angle ni macam gopro tapi bukan gopro. Sebab apa nak beli? Sebab gopro mahal sangat dan aku hanyalah insan biase-biase saja. Duit nak beli gopro tu boleh beli KFC seminggu straight haha. Jadi, lens ni boleh la ganti kan gopro memandangkan effect wide dia tu lebih kurang saja. Tapi gopro segak lagi la. Tapi yang macam ni pun dah bersyukur guyss.

Kena listkan 3 barang saja yang nak dibeli. Tapi sebenarnya banyak lagi nak list. Barang murah gila. Kualiti InsyaAllah baik kalau pandai pilih. By the way, aku tengah tunggu parcel SGshop aku sampai rumah. Tapi lambat sikit sebab guna sea shipping. Takpa, nanti kita unboxing sama-sama huhuhu.

2 comments:

Azlinda Azman said...

Good luck

sha dhira said...

Happy blogging and good luck sis. Bestnya kalau ada swimming pool tuu..

Shad
https://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/06/sgshop-jom-shopping-contest.html