Tuesday, May 30, 2017

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Assalamualaikum, huu Kak Ayue buat SGShop contest lagi. Jom join ramai-ramai. Mana tau rezeki kita di bulan Ramadhan yang mulia ni :D

Click banner kalau nak join =)

Cara penyertaan


1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawap 2 soalan berikut:

  • Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
  • Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

4) Komen di blogpost ini link entry anda
5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia

Q1 : Apakah servis yang SGshop tawarkan?

SGshop menawarkan servis perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk memudahkan pengguna membeli dari laman web e-dagang China iaitu Taobao.Com. SGshop menawarkan 1001 pilihan barangan yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti pakaian, barangan elektrik, barangan kecantikan, barangan rumah dan macam-macam lagi. SGshop memastikan pesanan pelanggan berada dalam keadaan selamat dan dihantar pada waktu yang ditetapkan. SGshop juga bekerjasama dengan logistik dan syarikat exspres yang terbaik untuk pengguna menerima pembelian mereka. SGshop turut bekerjasama dengan banyak bank untuk memastikan proses pembayaran selamat dan cekap.

Q2 : Senarikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia



Bag ni akan diguna untuk keperluan masuk universiti nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki. Kenapa beg ni? Dekat rumah takda beg balik kampung ka? Dekat rumah semua beg balik kampung diambil oleh kakak abang aku, maka sebagai anak bongsu, aku haruslah membeli beg sendiri untuk ke universiti :') Bag ni sesuai sangat nak sumbat baju banyak-banyak sebab dia besar dan luas.



Sebab nak beli kolam ni satu ja, untuk membahagiakan anak menakan aku yang tak boleh mandi swimming pool sebab alergik dengan air swimming pool. Asyik mandi dalam tub mandi baby pun tak boleh sangat. Kanak-kanak cepat membesar, maka sebuah kolam yang efektif dan tak perlu dipam adalah satu keperluan untuk dia. Boleh la bagi hadiah advance birthday. Kolam ni best sebab takyah pam just tebarkan macam tu ja. Mana la tau time tu dia merengek nak mandi kolam, jadi aku boleh jadi pantes menebarkan kolam tersebut lalu diisi air dan boleh dia bermandi manda di situ.



Huhuhuhuhu kenapa aku baru jumpa benda ni. Lens Wide-Angle ni macam gopro tapi bukan gopro. Sebab apa nak beli? Sebab gopro mahal sangat dan aku hanyalah insan biase-biase saja. Duit nak beli gopro tu boleh beli KFC seminggu straight haha. Jadi, lens ni boleh la ganti kan gopro memandangkan effect wide dia tu lebih kurang saja. Tapi gopro segak lagi la. Tapi yang macam ni pun dah bersyukur guyss.

Kena listkan 3 barang saja yang nak dibeli. Tapi sebenarnya banyak lagi nak list. Barang murah gila. Kualiti InsyaAllah baik kalau pandai pilih. By the way, aku tengah tunggu parcel SGshop aku sampai rumah. Tapi lambat sikit sebab guna sea shipping. Takpa, nanti kita unboxing sama-sama huhuhu.

Sunday, May 28, 2017

Aku dan STPM

Assalamualaikum.

Apa itu STPM? STPM ialah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. STPM ni hampa cuma belajar selama setahun setengah sahaja untuk ke degree. Namun begitu, ramai yang taknak ambil STPM sebab kena belajar di sekolah dengan budak sekolah yang lain. Dah la kena ikut peraturan sekolah. Nasib baik syarat dilonggarkan iaitu ada kebenaran berpakaian formal bila ke sekolah. Huhuhu ada sekolah yang boleh pakai instant shawl lopa la apa la. Sekolah aku kasi pakai bawal saja. Tu pun bawal plain :')

Related image
Image result for STPM
Dulu masa aku form 3 aku ingat lagi aku pernah sembang dengan kawan aku. Time tu class Matematik. Teacher Ong Saw Bee yang ajar (selalu aku panggil Ong Nampak Lebah, gila kurang hajar :')  ) Dia ni jenis soft-spoken, baik sangat. Kalau rasa lapar tanpa diduga, boleh la pergi bilik guru dan menjamah biskut kering dia. Nasib Matematik dapat A walaupun panggil dia Ong Nampak Lebah haih bila fikir balik jahat betul. Sambung cerita, time tu class Matematik. Aku dengan beberapa sahabat handal yang lain tengah berbincang pasal hala tuju selepas SPM walaupun time tu belum lagi PMR. Ceh, semua konon nak gempak-gempak saja. Asasi la, matrik la. Tetiba kawan aku sebut STPM. Maka, aku pun berilah pendapat sebegini rupa,

"STPM tu untuk orang bodoh saja. Buat apa nak masuk."

Tetiba teacher Ong Saw Bee terdengar pula. Mampus aku dekat situ guys. Dia cakap "Saya pun bekas pelajar STPM. Boleh saja jadi cikgu." Aku rasa macam mustahil gila sebab time tu pemikiran tak berapa nak matang maka andaian dan spekulasi yang dibuat hanyalah secara membuta tuli sahaja. Bagi aku time tu, STPM ni tempat orang yang fail SPM lepastu nak sambung belajar juga. Maka perbualan pun terhenti dan aku pun dah tak ingat apa yang terjadi selepas itu.

Bila dah habis SPM, maka result pun keluar. Dapat 3A ja tapi tetap bersyukur. Tapi at the same time sedih tapi taktau lah sebab dah buat kan. Jadi, selepas SPM macam-macam tawaran yang datang. Politeknik dan UniKL memang idaman aku. Hampa boleh baca kisah aku macam mana aku boleh pilih STPM instead of Politeknik dan UniKL dekat sini =)

Haa ambik hang last sekali masuk STPM juga :') Masa STPM macam-macam benda jadi. Pressure nak study, dengan kawan, dengan masa yang asyik tak cukup dan macam-macam lagi. Masa STPM aku naik van saja dan aku saja la budak form 6 yang naik van sebab takda lesen (sebenarnya ada ja, tapi Indian dekat situ macam takleh buat kawan, sedih ai tau nak kawan tapi takleh) Kalau tak ada la geng juga, tapi depa cepat-cepat ambik lesen. Tinggal la aku sorang-sorang naik van pukul 3.30 petang setiap hari walaupun habis kelas pukul 2.35 :') Ada makcik ni sorang pernah tanya aku, "Fatin pi sekolah naik apa?" Jawablah saya "Naik van ja" Nak tahu apa reaksi dia? Dia gelak weh dekat aku. Al-maklumlah anak dia pergi sekolah naik kereta kan. Takpa makcik, ingat naik van tak boleh berjaya ke? Cis.

Selalu orang tanya, "Study mana?" Sambung STPM saja. Itu adalah soalan dan jawapan yang klise. Bila cakap macam tu mesti ada yang kata, "STPM susah weh, masa aku STPM, dalam kelas aku sorang ja yang boleh sambung belajaq" Pastu mak aku tenangkan aku dengan berkata "Tu STPM style dulu memang susah sikit, sekarang depa ada semester." Mak menyebelahi aku sebab tau aku akan tertekan dengan orang yang selalu rendahkan semangat aku huhu. Begitu juga la dengan uncle van aku. Dia tanya, "kenapa masuk STPM? SPM teruk ka?" Cis punya uncle, ingat saya ni teruk sangat ke SPM. Jadi aku jawab la, "Jimat duit masuk STPM." Selalunya aku la yang duk sembang dengan uncle van tu masa nak balik sebab nak tunggu budak-budak form 1-5 habis kelas sampai 3.30. Dah la dia pernah kentut depan aku :')

Masa STPM ni macam-macam benda baru aku buat misalnya turun naik Pejabat Tanah sebab nak dapatkan maklumat pasal asignment Sejarah. Lepas tu kena present depan kelas. Selalunya presentation atau viva ni takda masalah sebab aku takdalah nervous sangat sebab moto hidup aku masa viva ialah #bukannakjumpapundepabalik huhu. Kadang-kadang viva depan budak kelas ja. Ada kawan aku kalau kena cakap depan kelas ja mesti tangan dia sejuk gila. Kesian dekat dia. Setiap semester ada exam. Semester pertama aku dapat 3.08. Semester kedua pun aku dapat 3.08. Tapi semester pertama dan kedua aku ulang dua subjek maka semuanya adalah 4 subjek. Sebab apa ulang? Sebab taknak mana-mana subjek pun dapat C+ ke bawah. Nanti boleh rosakkan pointer keseluruhan. Semester ketiga tak boleh ulang, jadi usahanya harus lebih kuat. Namun disebabkan syndrome last paper, aku study biasa-biasa saja. Tapi nasib menyebelahi aku, semester ketiga aku dapat 3.75. Alhamdulillah, mungkin berkat kerja kursus yang dibuat dengan gigihnya siang malam tanpa mengeluh hahaha.

Selepas habis STPM, maka bercutilah aku selama 8/9 bulan macam tu. Ada yang bekerja, ada yang menganggur. Ada yang buat business. Bagus betul. Result STPM yang sebenar keluar hujung bulan dua kot. Huhuhu time result nak keluar ni aku lah manusia yang paling nervous sekali sebab risau taknak kecewakan mak ayah lagi. Sebelum pergi sekolah petang tu, aku dah check dekat rumah result. Result alhamdulillah okay dan aku bagitau la mak ayah aku. Nak nangis aku time tu tapi kena pergi sekolah pula. Bila pi sekolah, aku pula lewat sebab kena duduk dekat depan. Kawan-kawan aku banyak juga yang dapat dekan. Seronok tengok semua berjaya sama-sama naik pentas ambil result STPM.


Inilah result aku. Alhamdulillah sangat. Aku pun tak sangka boleh dapat macam ni. Tapi ada yang lagi hebat dari aku. Masa trial dia selalu mengadu dekat aku sebab dapat result teruk. Bila dah keluar result boleh pula dia dapat 3.92 :') Mungkin berkat kata-kata motivasi aku masa dia tengah kuciwa kot #Eh hahaha

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini ialah janganlah membenci sesuatu sebab benda tu mungkin kita akan suka nanti. Macam aku, dulu anti gila dengan STPM sebab anggap untuk budak fail SPM saja, lastly aku pula yang masuk STPM. Huhuhu kenapalah aku bersikap sedemikian dulu? Tapi setiap orang ada pilihan masing-masing. Diploma ka asasi ka matrik ka semua ada kebaikan dia sendiri. Semuanya bergantung dengan individu yang belajar tu. Kalau malas, tapi nak harapkan result gempak tak boleh juga. Kena ada usaha juga. Kadang-kadang lawak juga bila fikir balik pasal aku yang dulunya menolak sekeras-kerasnya pasal STPM, namun akhirnya terjatuh jua dalamnya :')

Image result for boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu amat baik bagimu

p/s : Entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk ceritakan kejahilan aku ketika form 3 yang membenci STPM tapi tanpa sengaja menyukainya ketika meningkat dewasa uhuks! =)

Saturday, May 27, 2017

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom

Assalamualaikum,

"Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"


Apa itu SGshop Malaysia?

SGshop merupakan satu laman web shopping online antarabangsa dari China ke Malaysia dengan harga yang murah. SGshop ditubuhkan pada bulan Ogos 2011 dan sebuah syarikat tempatan yang berdaftar serta pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. Selain itu, pihak SGshop juga bekerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat dan cekap.

Okay, jika u all nak menjadi salah seorang pemenang bertuah ini sila ikuti syarat-syarat seperti berikut:-

Syarat-syarat:-

  1. Terbuka kepada semua blogger 
  2. Copy code HTML di kotak bawah dan paste di blog anda dan tulis entri bertajuk "Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"
  3. Follow Blog:FarahGlanzDotCom | IG:FarahGlanzDotCom | FB: FarahGlanzDotCom
  4. Like Fan Page SGShop Malaysia dan IG: SGshopMalaysia
  5. Nyatakan barang yang ingin dibeli dengan nilai RM100 Shopping Credit tersebut 
  6. Hantar penyertaaan berserta link blog anda di ruang komen di bawah. 

Tarikh Tutup
26 Mei 2017 - 09 Jun 2017
*Senarai pemenang akan diumumkan pada 12 Jun 2017 menerusi random.org

HADIAH :
10 x RM100 Shopping Credit SGshop Malaysia


Info:-Bagi pemenang yang bertuah nanti pastikan anda telah mendaftar akaun dengan SGshop Malaysia bagi memudahkan RM100 shopping credit SGshop Malaysia dikreditkan terus ke akaun anda nanti yer.. All the best and Good Luck!

Barang yang saya nak beli,


Tapestry ni, buat modal nak pindah rumah tahun depan. Nak cantikkan bilik hewhewhew.

Jom travel dengan kos murah bersama Traveloka!

Assalamualaikum,

Zaman sekarang ni ramai yang suka travel tapi masalah hotel yang mahal dan indah khabar dari rupa sering menjadi halangan untuk depa nak travel ke sana dan ke sini. Kalau boleh nak travel dengan kos yang minimum saja, jimat sikit. So, macam mana nak cari ya hotel-hotel murah ni? Disebabkan aku pernah nampak iklan yang aku baca kat online, kalau nak cari hotel murah, carilah bilik murah di Traveloka hotel. Terus dengan pantes aku google apa tu Traveloka.


3 langkah mudah nak cari hotel mengikut bajet hampa di Traveloka :
1. Pilih destinasi yang hampa nak pi
2. Tetapkan tarikh hampa nak check-in dan check-out
3. Tentukan bilangan orang dan bilik. Yeah dah boleh cari hotel!

Hampa tau tak yang Traveloka ni  ada official website dia sendiri and kat website ni depa ada bagi perkhidmatan untuk kita semua untuk buat survey dan book hotel-hotel yang murah. Paling best bila first time aku buka web ini, bila aku taip ja nama tempat kat Malaysia ni mesti akan ada hotel-hotel yang berdekatan siap sekali dengan harga. So dengan cara itu, aku dapat bandingkan harga antara hotel yang ada dan dapat pilih hotel yang paling murah. Nak book pun senang sebab boleh pakai debit card.

Dalam tv selalu tengok iklan Traveloka. Kadang-kadang fikir juga beneren ka boleh book hotel dekat sini ja. Tapi sekarang dah tau yang Traveloka ni adalah tempat yang paling selamat untuk deal. Depa mementingkan ketelusan dan kejujuran dalam deal nak book hotel. Selain tu, kita boleh register dengan pihak Traveloka di website supaya in future kita dapat uruskan booking kita dengan mudah dan tanpa masalah. Ya la kan, kita busy kerja la, study la maka masa untuk berhubung dengan pihak hotel akan terbantut. Tapi jangan risau, dengan website ini aku rasa hampa akan ambil masa dalam 10 minit sahaja itu pun kalau hampa dah pilih hotel. Kalau belum mesti hampa akan berpinau mata cari hotel yang sesuai sebab memang banyak pilihan hotel yang murah.




Untuk kaki travel di luar sana, ini memang good news untuk hampa semua. Tak payah dah tidur di persisiran pantai dek kerana tak book hotel awal-awal :') Dengan website Traveloka ini kita dapat buat booking awal. Traveloka juga ada applications untuk system android dan apple. Dengan kata lain, semua smartfon la boleh pakai apps tu. Memang sangat menyenangkan kerja kita untuk buat booking hotel. Tapi dengan apps, kita dapat sentiasa check promotions yang ada. Ya! Traveloka ada menawarkan promotions dengan potongan harga yang memang best untuk kita semua. Dahlah murah, ada promotions lak tu bagai bulan jatuh ke riba namun selepas beberapa saat tu bintang pula jatuh. Fuh!



Traveloka juga menawarkan servis yang super duper awesome! Sebab bagi aku, memang selamat dan kalau ada masalah depa ada perkhidmatan untuk customer selama 24 jam. Jadi, kalau tengah kelam buta tetiba teringin nak bercuti, lepas tu ada masalah pula dengan booking kita, takda masalah nak contact pihak Traveloka. Depa memang akan standby untuk pastikan customer berpuas hati dan dapat membuat segala urusan mereka untuk booking hotel yang murah. Tapi hampa janganlah telefon tanpa al sebab yang munasabah guys :')


Sambil pergi beli Slurpee, hampa juga boleh bayar dekat 7-Eleven. Senang kan?


Teringin bercuti di sekita negara-negara Asia macam Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura? Jangan risau sebab Traveloka juga buat booking untuk negara jiran. Memang sesuai sangatlah kepada yang suka travel ke negara jiran kita, dan harganya memang dijamin murah dari tempat lain atau murah daripada harga sekiranya kita tanya direct kepada pihak hotel. Macam mana boleh dapat murah ni? Itulah rahsia Traveloka demi memuaskan hati para traveler yang suka travel sambil berjimat cermat. Maka, hampa boleh lah mengamalkan sikap berjimat cermat semasa travel.

Segalanya sudah pasti dengan adanya website dan apps Traveloka ni, kita dapat berjimat cermat dan dapat book serta stay di hotel yang murah ataupun mengikut bajet kita sendiri. Traveloka sedia membantu customer mereka untuk dapatkan harga yang menarik dan mudah serta pastikan urusan booking hotel selamat. Lagi-lagi untuk depa yang nak melancong ke luar negara. Oleh itu,bila nak travel ingatlah Traveloka!

Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh layari :



Selamat berpuasa.

Assalamualaikum


Alhamdulillah, bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ni. Semoga Ramadhan kali ini dapat memupuk semangat untuk melakukan amal ibadat. Salam Ramadhan dari Fatinun =)

KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
 ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  1. Solat sunat Tarawih
  2. Solat-solat sunat yang lain
  3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa
  5. Banyakkan membaca tahlil
  6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Thursday, May 25, 2017

Kenangan curi makan masa bulan puasa.

Assalamualaikum

Ya Tuhan tajuk entry macam mengajak para pembaca melakukan kejahatan bersama-sama. Oh tidak, ini hanyalah throwback masa aku kecik-kecik cili padi. Takdalah nakal sangat tapi dalam diam buat kerja jahat kah kah *gelak besar* Dulu aku masa kecik selalu merengek sebab taknak puasa. Kononnya penat sebab kena pergi sekolah lagi kelas kafa lagi. Time tu dalam darjah 2 atau 3 kot. Rasa macam perut dikhianati sebab tak boleh makan.

Bila balik sekolah mesti pergi dekat peti ais, nak bagi rasa sejuk habis muka dengan badan. Kalau duduk dengan mak mesti tanya mak,

"Mak, bulan puasa boleh kumur tak?"

Mak kata boleh. Maka bergegas la aku bangun pergi ke tandas. Tapi hampa tau la kan bukan kumur pun hahaha. Time tu air paip pun boleh rasa macam sirap limau ais :') Kenapa aku noob sangat masa kecik :')

Itu baru curi minum. Belum lagi curi makan. Macam penjenayah pula banyak curi-curi. Mak aku ni pandai masak. Serba-serbi dia boleh kecuali makanan barat macam kureng sikit. Suatu hari tu, mak aku ada buat kerabu buah belimbing yang kecik tu. Buah belimbing tu dia masam tapi bila dijadikan kerabu sedap tak ingat apa dah. Sumpah sedap. Jadi, mak aku adala buat lebih sikit lalu diberikan kepada jiran depan rumah aku. Time tu aku duduk taman so kena la jalan sikit nak pergi rumah dia. Ini lah kejadian kecurian yang berlaku time tu. Masa jalan on the way nak hantar kerabu dekat jiran, aku ada calas beberapa cubit kerabu tersebut :') Kemudian pergi rumah jiran acah-acah kerabu tu belum dinodai oleh sesiapa dek kerana bulan puasa yang mulia. Padahal aku dah perlahap berapa banyak entah. Dah nak berbuka dah time tu, ada baki berapa minit saja lagi. Yes guys, boleh judge kebangangan aku time tu :')

Image result for shame on me gif

Tapi masa darjah 4 dah faham dah kena puasa, kalau tak puasa Allah marah dan berdosa. Nak sentuh hidung pun berhati-hati weh sebab takut tercocok dalam lobang hidung. Sia-sia ja la puasa aku haha. Asal nak bulan puasa ja mesti tanya mak,

"Kalau kentut batal tak?"

Soalan ni selalu berulang setiap tahun bila nak puasa sampai lah masuk asrama. Dah tahu tak batal tapi nak kepastian ja. Lagi satu soalan ni,

"Kalau kentut dalam ayaq batal tak?"

Image result for confused gif black guy

:')  Shame on me guysssssssssssss.



Wednesday, May 24, 2017

Beli produk Safi di Lazada Malaysia dan nikmati diskaun sehingga 50% !

Assalamualaikum

Kita sudah sedia maklum bahawa jenama SAFI merupakan jenama HALAL utama di Malaysia yang terdiri daripada barangan berkualiti serta komprihensif dihasilkan khusus untuk keperluan pengguna Muslim moden wanita mahupun lelaki. Produk SAFI juga diperbuat dengan bahan-bahan semula jadi yang mematuhi hukum Syarak dan disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM); SAFI tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tidak mengandungi alkohol atau gelatin. Jadi, bolehlah kita semua guna dengan yakin dan selamat kan.



Mesti ramai yang guna produk Safi kan sebab mudah didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Kalau aku suka dia punya pencuci muka dan shampoo yang warna biru tu. Gila berangin lepas pakai, memang guna dari dulu sejak form 4. Pencuci muka pula aku pakai Safi Manggis. Best sangat.

Sempena menyambut bulan Ramadhan nanti, Lazada Malaysia berbesar hati nak bagi diskaun bila beli produk-produk Safi secara atas talian di Lazada. Best kan? Dah la dapat harga yang murah dari harga asal, tak payah keluar rumah pula tu nak memborong sakan produk Safi. Terdapat pelbagai produk Safi yang ditawarkan oleh Lazada Malaysia yang mampu menarik minat hampa semua. Untuk maklumat yang lebih lanjut, hampa boleh klik sini.





 



Jom berbelanja secara berhemah, jadi duit yang lebih tu boleh simpan buat duit raya dekat anak menakan ka apa ka. Banyak lagi produk lain ditawarkan oleh Lazada yang mempunyai potongan harga yang gila-gila punya! Jadi, jom bershopping di Lazada Malaysia sekarang untuk keperluan raya =)

Tuesday, May 23, 2017

SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway

Assalamualaikum

klik banner kalau nak join

Syarat-Syarat Penyertaan:
  1. WAJIB register akaun anda di SGshop Malaysia 
  2. Like Fan Page SGshop Malaysia
  3. Copy banner giveaway diatas dan buat satu entry bertajuk "SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway"
  4. Senaraikan Minimum 1 Produk yang anda teringin sangat beli jika anda menang RM100 Free Shopping Credit itu nanti. (lihat contoh entry sini)
  5. Copy URL entry penyertaan diatas dan pastekan dibahagian komen dibawah.
  6. Tempoh giveaway ini bermula 17 Mei hingga 31 Mei 2017, senarai nama pemenang akan diumukan pada 1 Jun 2017 jam8 pagi.
Barang yang saya nak beli kalau dapat shopping credit RM 100 dari SGShop ialah,


Kasut sport pink ni cantik sangat. Dah la murah. Hampa boleh tengok kat sini.


Kipas ni kalau letak dekat meja belajar mau tertidur la semua orang dek kerana terlalu sejuk huhu. Disebabkan cuaca di Malaysia yang kadang sejuk kadang panas ini, maka kipas "standby" haruslah ada. Boleh bawa pegi universiti nanti mana tahu bilik macam bilik sauna ke hahaha. Boleh tengok dekat sini kalau nak tau details dia. 

Ok jom la join ramai-ramai. Mana tau rezeki hampa dapat shopping dekat SGShop. Kadang-kadang rezeki ni kita tak boleh agak dia mai dalam bentuk apa. Kalau hampa nak menaikkan semangat lagi ketika join giveaway ni hampa boleh tengok laman web SGShop dulu. Boleh la hampa berhuhuhu selama sejam dua sebab barang-barang dekat sana murahhhhhh gilaaaaa.

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

Assalamualaikum

klik banner kalau nak join

Syarat-syarat penyertaan (wajib isi) ;

● Terbuka kepada blogger di Malaysia.
● Anda wajib daftar akaun percuma SGshop di SG Shop Malaysia. Pastikan sertakan username di entri anda.
● Like fan page SGshop Malaysia dan Follow IG @sgshop_malaysia.
● Follow blog saya, Google + dan FB page.
● Copy banner di atas dan tulis satu entri bertajuk "Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul".
● Tulis entri anda 'Barang yang ingin dibeli di SGshop Malaysia jika anda menang RM100'!
● Copy URL anda di bahagian komen untuk senarai penyertaan.
● Tag dua rakan anda (kalau mahu).
● Senarai pemenang akan diumumkan pada 1 Jun 2017 menerusi random.org.
HADIAH :
 10 x RM100 Shopping Credit SGshop Malaysia 

TEMPOH MASA :
 18 Mei 2017 - 31 Mei 2017

Barang yang ingin dibeli di SGShop Malaysia jika menang RM 100 ialah

 Backpack ala ala korea untuk ke universiti nanti. Kebanyakan barang yang aku nak beli ialah untuk kegunaan di universiti nanti sebab taknak guna duit mak ayah. Huhuhu boleh tengok dekat sini.

Kolam ni pula untuk anak saudara aku. Disebabkan dia suka mandi manda di kolam, maka kolam yang kecik molek ni sesuai la letak dalam bilik air. Boleh la mandi manda dekat situ. Boleh tengok detail kolam tu dekat sini.

p/s : Banyak nya lahai barang-barang murah dekat SGShop ni. Berpinau mata nak pilih mana satu. Dah la murah pula tu.

Sunday, May 21, 2017

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!

Assalamualaikum


giveaway, Featured, shoppingcredit, blogger, voucher,

Syarat-syarat: 


1. Buat satu entri (letak banner sekali)
2. Nyatakan satu barang yang korang nak beli dalam SGshop
3. Backlink kan ke entri ini
4. Tinggalkan link entri di ruangan komen
5. Share entri korang di laman sosial (facebook)


Tarikh tutup : 28 Mei 2017

Barang yang nak beli dalam SGshop ialah :


Kasut sport pink ni! Kenapa? Sebab aku tersangat-sangatlah memerlukan untuk kelengkapan nak masuk u nanti. Sebab sebelum ni aku merupakan seorang pelajar yang unactive :') Aku takkan bazirkan masa tidur aku dengan pergi belari di pagi hari untuk merentas desa. Bagi aku takda faedah kahkah. Masa kawan-kawan aku sibuk dengan kasut sukan depa, aku sibuk dengan benda lain sebab tak suka langsung sukan. Maka, bila nak masuk u ni, sedarlah aku bahawasanya kasut sukan sangat penting untuk aktiviti time orientasi. Penyesalan tak sudah :')

Update !




Saturday, May 20, 2017

Review : Aiken Tea Tree Oil Skincare

Assalamualaikum

Aku tau banyak gadis-gadis di luar sana yang mempunyai masalah kulit misalnya jerawat yang melampau-lampau serta parut. Ada yang disebabkan produk yang ada merkuri. Say no to merkuri! Ada yang dah breakout sebab produk yang ada merkuri tapi nak bagi sembuh balik guna produk bermerkuri juga. Habis la muka hampa semua. 

Aku pun ada jerawat macam hampa semua. Tak pakai produk bermerkuri pun naik jerawat sebab hormon, alergik dan lifestyle yang tak sihat. Maka, bercananglah jerawat datang singgah dekat muka aku. Dengan langkah bijak, aku pun survey macam-macam produk yang betul-betul sesuai dengan aku untuk kurangkan jerawat aku. Setelah mencuba itu dan ini, terjumpalah satu produk yang baik punya untuk jerawat iaitu Aiken Tea Tree Oil. 

 Aiken Tea Tree Oil ialah skincare yang neutral kerana berasaskan dari tea tree oil di mana memang bagus untuk mereka yang berjerawat.


Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser

Apa yang best pasal cleanser ni dia bau ubat haha. Bau tea tree oil dia sumpah boleh rasa. Dia ada buih tapi tak banyak macam cleanser-cleanser lain. Lepas cuci muka, muka fresh sangat. Tahan lama pula tu sebab aku cuci muka 2 kali sehari. Aku tengok youtube haritu jangan cuci muka secara berlebihan sebab nanti muka kering maka tumbuhlah jerawat kalian sekalian. Dan fakta itu benar gaiss. Ini adalah botol yang kedua. Dah nak habis dah sebab tu nampak slim sikit huhuhu.


Aiken Tea Tree Oil Daily Moisturising Lotion

Sumpah the best moisturizer yang aku pernah try! Light gila teksture dia. Sesuai sangat dengan oily skin. Dah la light, senang serap lepas tu bau tea tree oil dia tu huuuu best gila. Teksture dia light lebih kurang macam Simple Moisturizer warna hijau tu. Memang takkan tukar dah sebab best gila sebab kebanyakan moisturizer aku try kan, teksture dia heavy gila dan lepas pakai mesti berminyak. Tapi yang ni tak! Dah la prevent jerawat dengan adilnya :')


Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream

Yang ni kecik gila tapi dia punya effect tu bapak besar untuk jerawat-jerawat kalian sekalian. Yang ni guna masa jerawat tu baru nak "Assalamualaikum, nak keluar ni." Haa, time hampa rasa macam dah berbenjol dah muka tu, maka letak la pimple cream ni. Jangan kedekut sebab letak tebal sikit baru efiksyen serta berhasil. Banyak orang kata pakai ni keluar jerawat. Aku pun rasa nak buang pimple cream ni memula dulu :') Namun kerana bercakap besar, aku telah salah tafsir akan kebaikan pimple cream ni. Pimple cream ni bila hampa pakai kat jerawat yang baru nak bagi salam nak keluar tu, pada keesokan harinya, akan keluar satu jerawat yang ada mata pastu ada putih tu. Time tu hampa get ready ja sebab dia akan kering dan tertanggal secara sendirinya tanpa meninggalkan parut yang berlobang-lobang. Sebab pimple cream ni dia bagi masak jerawat tu supaya jerawat senang surut dan hilang tanpa diduga, Yang penting hampa jangan picit dan bermain touch and go seperti rakan-rakan dengan jerawat hampa.


Kebaikan Tea Tree Oil untuk acne (jerawat) memang sudah tidak dapat disangkal lagi.

Ekstra!


Haritu aku pergi Guardian nak beli toner Aiken namun kehabisan stok. Maka berhuhuhu la aku dekat situ sebentar memikirkan apa yang harus aku gantikan dengan toner Aiken yang super duberb tu. Sudahlah murah toner Aiken tu. RM 5 sahaja, pastu bagus untuk jerawat. Jadi dengan pantasnya aku mengambil toner Safi yang hijau ni untuk mengganti toner Aiken. Huhuhu alhamdulillah tak breakout dan sesuai dengan kulit aku yang berjerawat serta berminyak. Tapi toner Aiken la paling best.

Result dia agak lambat sebab mungkin neutral produk namun keberkesanannya tak dapat disangkal lagi. Tapi Aiken Tea Tree Oil ni tujuannya hanyalah untuk jerawat hampa sekalian alam. Bukan untuk hilang parut dan cerahkan muka. Maka hampa hendaklah memakai serum ataupun whitening cream yang bersesuain untuk cerahkan dan pudarkan parut hampa. Aku pun duk cari lagi produk yang boleh hilangkan parut sebab jerawat dah kurang kan maka hilangkan parut adalah step seterusnya. Hampa kena ingat kalau hampa breakout, perkara pertama hampa kena rawat ialah jerawat hampa. Hampa kena rawat satu-satu masalah. Contohnya, jerawat->parut->cerahkan muka. Mana ada produk yang boleh buat semua tu dalam satu produk. Rawat satu satu dulu.

p/s : Sekarang aku tengah try pencuci Safi Manggis. Tapi aku masih lagi gunakan moisturizer Aiken dan Pimple Cream Aiken. Sebab jerawat dah kurang, maka proses hilangkan parut harus dilakukan segera. Dengar cerita Safi Manggis bagus untuk cerahkan parut. Nanti aku review dalam blog bila dah setengah botol guna.

p/s/s : Oh ya lupa nak bagitau, ada orang yang alergik dengan tea tree oil. Maka patch test harus dilakukan. Buat patchtest antara leher dan dagu. Buat lah beberapa hari, pastu tengok ada perubahan ke tidak. Jangan jadik macam aku, tak tahu ada alergik madu dan kunyit namun terus menggunakannya di seluruh muka dengan rakusnya. Setelah seminggu guna, jerawat naik dengan jayanya :')

Friday, May 19, 2017

Week 1 : Resepi Murtabak Ayam yang sedap lagi enak! (Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest)

Theme : Delicious Ramadhan 

Assalamualaikum

Memandangkan Ramadhan Ya Kareem akan menjelma tak lama lagi, jadi tahap imaginasi aku terhadap makanan-makanan yang akan dijual adalah sangat tinggi. Bulan Ramadhan sangat popular dengan makanan-makanan , minuman, dan kuih-muih yang jarang didapati pada bulan lain. Dari situ, kita kena bersyukur la. Maka nikmat apa lagi yang kau dustakan? 

1. What are your favorite Iftar dishes?

Image result for murtabak ayam
Sumber google

Dalam banyak-banyak juadah yang enak-enak, pilihan utama aku mestilah Murtabak Ayam. Kenapa Murtabak? Sebab Murtabak ni macam satu juadah yang wajib setiap kali berbuka. Walaupun Murtabak ni ada ja jual masa bulan lain, tapi bila bulan Ramadhan, dia punya aura sedap tu akan lagi bertambah. Selalunya aku akan berbuka dengan makayah aku saja. Beli murtabak 3 ketul pun sudah memadai untuk kami saja. Makan dengan bawang pink tu pula kan, memang sedap ah.

2. Share the recipe of the dishes

Huhuhu disebabkan aku tak tahu menahu mengenai cara buat murtabak ayam ini, maka resepi murtabak ayam telah diambil dari blog Fiza's Cooking. Mari kita sama sama menerokai cara membuat murtabak ayam dengan jayanya.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 hingga 1 ½ cawan air (Masuk 1 cawan air dan jika adunan keras tambahkan lagi air sedikit demi sedikit)
  • 1 sudu besar shortening ataupun boleh gantikan dengan mentega
  • 2 sudu besar susu pekat manis.
  • garam secukup rasa.
  • 1 sudu besar minyak
Cara membuatnya :
  •  Larutkan susu pekat manis, minyak masak dan garam  kedalam 1 cawan air. Seterusnya masukkan tepung,shortening  dan bancuhan air tadi  kedalam mangkuk pengadun.
  •  Uli hingga sebati dan Jika nampak dohnya agak keras tambahkan sedikit air dari 1/2 cawan air tadi.
  • Terus lagi menguli hingga doh menjadi a elastik dan rehatkan selama 30 minit.Tutup dengan kain lembab.Bentukkan menjadi bebola kecil seberat 75 gm-90 gm  setiap satu.Sapukan dengan minyak masak.
  • Perap selama  2 jam dan setelah itu tebar seperti membuat roti canai atau tarik nipis-nipis. Masukkan inti, lipat dan tutup balik. Goreng dengan api perlahan diatas kuali leper hingga masak.

BAHAN UNTUK INTI
  • 300gm daging ayam cincang
  • 2 labu bawang besar- dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih- di cincang
  • 4 sudu besar rempah kari
  • garam dan gula secukup
  • 6 biji telur
1. Tumis bawang besar dan  bawang putih hingga berbau wangi, masukkan daging ayam cincang dan rempah kari. Perasakan dengan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan. Bila inti telah suam, campurkan dengan telur dan kacau hingga sebati.

JERUK BAWANG
  • 1 labu bawang besar - dihiris halus
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • beberapa titis pewarna merah
Gaul semua bahan dan perap seketika. Apabila dah menjadi iaitu bawang menjadi lembut, bolehlah dihidangkan dengan murtabak.

SIAP!


Ya Allah mudahnya! Namun disebabkan oleh kemalasan untuk melakukan perkara di atas, jadi berjalanlah kita ke pasar ramadhan atau param untuk membeli murtabak ayam.

3. What kind of products can you find on Lazada's platform to help you prepare the dishes?




Berdasarkan pemerhatian aku terhadap cara-cara membuat murtabak di atas, adalah sangat penting untuk pembuat murtabak mempunyai pencincang daging atau ayam supaya murtabak yang dimasak menjadi lembut sekata. Household Mini Manual Meat Grinder Mincer Chopper Mincing Machine Kitchen Tool  boleh menolong untuk mencincangkan daging/ayam murtabak dengan cepat, pantas, dan berkesan. Jadi tidak perlu lah kalian sekalian menyusahkan diri memasukkan daging dalam plastik bag lalu menggelekannya dengan batu lesung agar terlerai dengan mudah.


Jangan lupa! Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale akan diadakan sepanjang 19 May 2017 sehingga 30 June 2017. Hampa semua akan mendapat special diskaun sehingga 90%! Mana lagi nak carik diskaun banyak2 macam ni? Dekat Lazada la. Click banner kalau nak shopping secara sakan menyakan.

p/s : Apa hampa punya favorite dishes masa bulan puasa? Jom share dekat sini sama =)

Thursday, May 18, 2017

Join Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest and Win Lazada Shopping Vouchers!

Assalamualaikum

Memandangkan bulan Ramadhan akan kunjung tiba nanti, maka Lazada Malaysia mempunyai satu berita yang gembira kepada blogger-blogger Malaysia sekalian. Lazada Malaysia akan adakan Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest.

klik banner untuk mengetahui syarat-syarat.

Macam mana nak join?
  • Pertandingan ini bermula 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 (4 Minggu) 
  • Sepanjang 4 minggu pertandingan ini, akan ada topik berbeza setiap minggu. Peserta boleh memilih salah satu dan juga boleh menyertai lebih dari sekali. 
  • Untuk menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah menulis tentang topik yang ditetapkan mengikut tarikh pertandingan tertentu . Peserta hendahlah menjawab soalan-soalan berikut: 
1. Week One Contest (19 May 2017 – 1 June 2017): 

Theme: Delicious Ramadhan 
 a. What are your favorite Iftar dishes? 
 b. Share the recipes of the dishes 
 c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes? 

 Contest period: 19 May 2017 – 1 June 2017 
 Title of the article: Recipe's name 

2. Week Two Contest (2 June 2017 – 8 June 2017): 

Theme: My Ramadhan Home 
 a. How are you decorating your house to be Raya ready? 
 b. Share your house decorating tips for this Raya 
 c. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate   your house for this Raya? 

 Contest period: 2 June 2017 – 8 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

3. Week Three Contest (9 June 2017 – 15 June 2017): 

Theme: Looking Good & Beautiful 
 a. What's your color theme for this Raya? 
 b. Share your outfit details for this Raya 
 c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 

 Contest period: 9 June 2017 – 15 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

4. Week Four Contest (16 June 2017 - 25 June 2017): 

Theme: Travelling Back Home 
 a. Where do you celebrate Raya this year? 
 b. List down your "balik kampung" essentials. 
 c. What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung"? 

 Contest period: 16 June 2017 - 25 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

3. The Article must contain screenshots of the products mentioned in point 1.c, 2.c, 3.c and 4.c 

4. Contestants need to mention Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale that will take place from May 19 to 30 June (where you can find special discounts up to 90%!). 

5. Contestants are required to submit the link to their Article via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest 

6. Contestants are welcomed to post the article in any language. 

7. Winners will be selected at random. 

Prizes – More Participants More Winners

Depending on the overall number of participants there will be either 15, 20, 50 or 80 winners: 

1. Less than 100 Participants (15 winners)
 15 x RM100

2. More than 100 Participants (20 winners)
 1st Prize: 1 x RM400
 2nd Prize: 8 x RM150
 3rd Prize: 11 x RM100 

3. More than 200 Participants (50 winners) 
 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 16 x RM150 
 3rd Prize: 33 x RM100 

3. More than 300 Participants (80 winners) 
 1st Prize: 1 x RM600 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 

Good news! Every week, we will select 3 lucky bloggers to win RM100 shopping voucher each at Lazada. 

Invite your blogger friends to join this contest, so you will increase your chance of winning! The more the merrier! 


Click banner kalau nak tahu barang apa yang diskaun kaw kaw di Lazada sepanjang 19 Mei- 15 Jun =)

Contest ini akan bermula pada esok hari, maka marilah kita semua mencuba nasib. Mana tahu rezeki kita kan.