Friday, March 31, 2017

Produk Review : Safi Krim Pelembab Muka dan Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya

Assalamualaikum.

Rajinnya buat produk review kan. Sebab sekarang ni memang aku selalu try and error produk-produk ni. Sampai sekarang masalah jerawat aku belum selesai. Tapi takpa, moh le kita review produk dari rangkaian Safi. Sapa tak kenal produk Safi dia bukan gegadi Melayu :P 

 Yang kecik tu krim kecantikan(ada kesan lipstick sebab simpan dalam beg mekap :P) Yang besar tu pelembab muka. Besar gila okay. Semua ni boleh dapat dekat Watsons, Guardian dan supermarket yang terpilih.

Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya.
RM 7.33

 Tekstur dia macam ni. Macam foundation tapi bukan dia ya rakan-rakan. Boleh la buat pakai pergi sekolah. Tapi disebabkan muka aku ni oily teruk, so lepas pakai ni mesti kena sapu bedak compact atau bedak baby ja. Kalau tak berpeluh uoouls. Kalau kulit muka hampa jenis kering, disarankan pakai sebab muka kita akan nampak glowing gitu. Sebab dia macam berminyak sikit. Kalau oily, boleh dab dab dab sikit dengan powder. Bagi dia lock sekejap krim ni. Tapi selepas berapa jam, hambik kau. Muka berminyak balik :'(

Rating : 3.5/5
Like : Muka cerah sikit, Tahan lama
Dislike: Tak sesuai dengan oily skin

Krim Pelembab Muka Sari Pokok Lidah Buaya
RM 8.83

Yang ni best bila muka aku jadi kering due to acne product. Bila pakai pimple cream ke apa, muka akan jadi kering. Ataupun over wash muka kan. Bila muka kering, aku akan apply krim ni instead of aloevera kalau muka oily. Ingat ! muka kering ke oily ke, wajib pakai moisturizer. Paling syok bila pakai masa nak tidur. Pagi tu bangun rasa parut macam pudar walaupun hakikatnya tidak hahahaha, Tapi bila apply ni jerawat tak tumbuh. Kira okey la. Dia cuma mai bila nak datang bulan ja haih.

Rating : 3.9/5
Like: Sesuai untuk lembabkan bahagian muka yang kering, wangi, tahan lama
Dislike : Tak sesuai dengan oily skin

Okay itu sahaja la review untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang nak try. Ingat, lain orang lain kulit lain hasil. Bye!

7 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

ccl selalu sapu lendir lidah buaya ķt muka

Nabila Syifa said...

pakckaging dah lain laa

Fa Tin said...

@✿Cik Cappuccino Latte ✿

aah, sama la saya. guna yang guardian punya ja :)

Fa Tin said...

@Nabila Syifa

aah dah tukar, dulu macam lain sikit

Mellya Musa said...

dulu saya pengguna setia safi. hihi sekarang tak dah.
hi awak :D salam kenal ya, saya singgah dan follow awak
https://mellyacrayola.blogspot.my/

Fa Tin said...

@Mellya Musa

saya guna toner dia ja sekarang. best ! :D

Anonymous said...

Krim kecantikan safi tu kalau pkai dgn bedak baby tahan brp jam di muka?