Friday, March 31, 2017

Produk Review : Safi Krim Pelembab Muka dan Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya

Assalamualaikum.

Rajinnya buat produk review kan. Sebab sekarang ni memang aku selalu try and error produk-produk ni. Sampai sekarang masalah jerawat aku belum selesai. Tapi takpa, moh le kita review produk dari rangkaian Safi. Sapa tak kenal produk Safi dia bukan gegadi Melayu :P 

 Yang kecik tu krim kecantikan(ada kesan lipstick sebab simpan dalam beg mekap :P) Yang besar tu pelembab muka. Besar gila okay. Semua ni boleh dapat dekat Watsons, Guardian dan supermarket yang terpilih.

Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya.
RM 7.33

 Tekstur dia macam ni. Macam foundation tapi bukan dia ya rakan-rakan. Boleh la buat pakai pergi sekolah. Tapi disebabkan muka aku ni oily teruk, so lepas pakai ni mesti kena sapu bedak compact atau bedak baby ja. Kalau tak berpeluh uoouls. Kalau kulit muka hampa jenis kering, disarankan pakai sebab muka kita akan nampak glowing gitu. Sebab dia macam berminyak sikit. Kalau oily, boleh dab dab dab sikit dengan powder. Bagi dia lock sekejap krim ni. Tapi selepas berapa jam, hambik kau. Muka berminyak balik :'(

Rating : 3.5/5
Like : Muka cerah sikit, Tahan lama
Dislike: Tak sesuai dengan oily skin

Krim Pelembab Muka Sari Pokok Lidah Buaya
RM 8.83

Yang ni best bila muka aku jadi kering due to acne product. Bila pakai pimple cream ke apa, muka akan jadi kering. Ataupun over wash muka kan. Bila muka kering, aku akan apply krim ni instead of aloevera kalau muka oily. Ingat ! muka kering ke oily ke, wajib pakai moisturizer. Paling syok bila pakai masa nak tidur. Pagi tu bangun rasa parut macam pudar walaupun hakikatnya tidak hahahaha, Tapi bila apply ni jerawat tak tumbuh. Kira okey la. Dia cuma mai bila nak datang bulan ja haih.

Rating : 3.9/5
Like: Sesuai untuk lembabkan bahagian muka yang kering, wangi, tahan lama
Dislike : Tak sesuai dengan oily skin

Okay itu sahaja la review untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang nak try. Ingat, lain orang lain kulit lain hasil. Bye!

Tuesday, March 28, 2017

Anak kucing baru!!

Assalamualaikum.

Apa-apa pun aku nak gitau yang aku typing ni guna phone. Halamak nak update blog tapi laptop abang tinggal dekat tempat kerja dia. Saja tau. Tapi takpa, kita try ja update blog guna phone hehehe. Pada hari Jumaat 2 minggu lepas, kucing aku nama Kiki telah melahirkan sepasang anak kucing yang sangat nyomel. nyomel nyomel nyomel sangat. Dah la dedua muka sama.

Malam sebelum dia nak beranak tu, gila bising Kiki ni duk meow meow sebab nak cari tempat beranak kan. Hampa tau dia attack dekat mana? Bawah katil aku gais. Dah la bawa katil aku dari keturunan mana punya harta ada dekat bawah tu. Cemas aku kot kot la ada diari aku dedulu tu hahaha. Nak angkat tilam satu hal, dah la berat nak mampus. Nak tercabut lengan angkat tilam tu. Pukul 3 pagi, abang aku gerak suruh bangun nak tengok Kiki bawah katil. Maigod tengah tidur kot time tu. Dia hingaq gila laaaaa kata Kiki ada bawah katil. Lepastu tidur balik la gais sebab nak tunggu beranak buat apa. Kiki bukan suka pun mak kata. So tidur la sampai subuh bangun, yeahhhhhhhhh lahirla kembar anak Kiki. Yeahhh i'm so happy la. Excited dia tu sssuuuppp naik ke atas.



Hihi comel kan. Time ni dia dah 2 minggu. Yang dah buka mata full tu nama Borara. Yang baru buka separuh tu nama Ciciko. Sesapa yang tengok Boboiboy mesti tau nama-nama ni hahaha. Terpengaruh dengan syabas gila. Pasal pemilihan nama ni abang aku nak letak nama Boy dan Bob. Haih nama klise sangat untuk seekor kucing. Bagi la nama rare sikit. Yang paling lawak mak aku nak letak nama Shinchan dan Hagemaru. Lagi la aku tegah sekeras-kerasnya. Nama kartun Jepun. Kenapa perlu support kartun Jepun kalau kartun Malaysia sudah bagus? *iloveMalaysia eh?


Haaa ni la Kiki. Segak kan? Muka putih. Pakai collagen ke kucing pun. Mata dia special sebab bila kena cahaya matahari ja anak mata dia jadi kecik macam dalam gambar. Kalau beshe-beshe ja anak mata jadi hitam full. Comel comel comel. Tapi bagaimana anaknya ada warna tompok hitam serta rambut berbelah tengah? Mari kita lihat bapaknya pula.


Ni la bapak Ciciko dan Borara. Tapi dah mati. Aku la manusia yang menangis bagai nak rak sampai rak jatuh sebab bapak dia mati. Dah 8 tahun kot dengan kami. Sobs sobs. Gambar ni masa dia nak mati dah sebabtu ada emoji sedih. Nama bapak dia Jojo. Kepala petak, ekor kembang beshe-beshe ja, dan rambut belah tengah tak pernah belah tepi. Sampai la anak dia keluar, rambut still belah tengah hahahaha.

Hm, hampa semua ada kucing tak? Ka ada haiwan lain hampa bela? Share share la sama. Fakta tentang Fatinun adalah alergik bulu kucing tapi suka kucing dan sanggup bersin hachumm hachummm setiap kali dekat sebab terlalu obses dengan kucing. Huwaaaaa.



Friday, March 24, 2017

Cepatnya collect points di BFF !

Assalamualaikum

Hai semuaorang. Hampa ingat tak pasal satu post ni pasal BFF-Asia Beauty Community? Kalau belum jom baca serba sikit apa yang aku kongsikan pasal BFF ni. (click sini untuk baca) Sebenarnya baru semalam aku buat akaun BFF ni. Malam tu pula aku ada review pasal produk Nivea Extra White Firming Body Serum SPF 33. Hampa boleh baca dekat sini. Tapi lepas hampa buat review, review hampa akan dipending dulu sebelum dapat pengesahan dari pihak BFF. Bila dah sah, pihak BFF akan email hampa berserta dengan points yang hampa dapat hasil dari review yang dibuat. Senang kan?

Tadaaa! Baru review satu produk dah dapat 100 points. Kalau 20 produk ? Hampa boleh redeem point hampa untuk dapat sebarang freegift yang ditawarkan. Best sangat.

Lepas dapat point tu,semangat aku terus berkobar-kobar nak review macam -macam produk yang aku selalu try dan error. Hahahaha. Malam ni saja aku review 3 produk. Tapi belum diapprove lagi. Haih, rasa syok bila share experience kita dekat orang. Harap-harap la bermanfaat dekat orang lain sama.

Hampa nak try ka? Meh la try. Mari perhangatkan kembali semangat blogging yang semakin pudar ni. Perjuangkan balik semangat blogging ketika di era 2012, 2013 hehehehe.

Kalau nak try, click SINI untuk daftar. 

Boleh daftar guna facebook juga. Kalau lupa password jangan risau sebab selepas pendaftaran BFF akan hantar email password hampa. So, orang yang pelupa macam aku ni boleh la join hahaha. Do inform me kalau hampa join. Nak tengok juga review hampa. Yang penting review yang jujur yaaa.

Thursday, March 23, 2017

Jom join BFF - Asia Beauty Community !

Assalamualaikum

Bagi mereka yang suka membeli produk-produk kecantikan dan teringin bagi review supaya gegadis dekat luar sana tidaklah merasa runsing ketika menggunakannya, anda boleh cuba beri review dekat BFF. Ya ! BFF-Asia Beauty Community adalah sebuah laman sesawang yang boleh anda semua gunakan untuk berikan review disamping membeli-belah di situ. Best kan?

Terdapat pelbagai produk kecantikan yang terkenal seperti SK II, Laneige, Nars, Maybeline dan banyak lagi. Terdapat lebih 500 brands dan pelbagai review telah dibuat lebih daripada 8000 review! Wow ! Untuk lebih kepastian boleh tengok dekat http://www.bffsays.com/


Apa yang penting sekali ialah pendaftaran adalah PERCUMA ! Klik SINI kalau nak daftar. Dah la boleh membeli belah, ada macam-macam produk lagi. Dah tu boleh bagi honest review sambil collect points. Kalau dah banyak points boleh redeem freegift pula !

 Best kan?

Jadi tunggu apa lagi jom daftar dengan percuma dekat BFF-Asia Beuty Community ! Sambil membeli belah boleh review dan collect points. 

*Boleh juga baca post ini disini :)

Wednesday, March 22, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest


(klik gambar kalau nak join)

Assalamualaikum dan hai ! Omg omg my favourite online shop ada buat giveaway! Rupa-rupanya Lazada dah berumur 5 tahun. Tapi kenapa aku baru tahu tahun lepas hm apeni. Menariknya tentang lazada ni, dia ada COD(Cash on Delivery) Boleh order dekat web dia, tunggu ninja van datang, dan barang pun dapat. Senang kan? Hehehe mak aku gemar ya amat dengan lazada ni. Macam-macam dia beli dari barang dapur sampai la ke pakaian. Servis pun terbaik.

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
Benda yang paling aku suka pasal Lazada ni adalah harga dia yang murah berbanding dekat kedai. Kenapa perlu ke kedai kalau Lazada ada kan? Boleh survey harga pula tu. Kalau bajet ciput macam aku ni haa, boleh sangat la shopping dekat Lazada. Boleh survey harga dulu, pastu kumpul duit, dan pergi web dia untuk buat pembelian. Lagi satu, ada banyak gilaaaa pilihan sampai berpinar biji mata. Lagi-lagi beg. Last but not least, lazada ni seribu dalam satu. Ayah aku suka berkebun, buka ja lazada nak beli tong racun :') Mak aku suka memasak, beli ja dekat Lazada nicer dicer (yang cut sayur warna hijau tu) Senang gila nak beli. Takyah keluar panas-panas nak cari apa yang kita nak.

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 

Disebabkan aku bakal melangkah ke alam universiti (InsyaAllah), printer is a must have thing! Sebab takkan la nak pergi cc setiap kali nak print assingment kan? Kenapa tak guna printer sendiri je? Jimat masa, jimat wang. So I should have a printer, but then i don't have any money :') #sadstoryinonesentence


New drawer also is a must have. Everything is a must have hahahaha. Tahun depan aku akan berpindah ke Kedah. Dari Penang ke Kedah. Dekat saja sebenarnya. So, nanti bilik aku yang baru tu InsyaAllah aku akan cat warna soft pink and soft cream. Alololo nak kawai gittew. So pemilihan perabot adalah penting. Dengan drawer di atas, dapatlah aku menyimpan segala khazanah aku. Misalnya, tudung yang bergunung, baju yang membukit dan sebagainya. Cuba bayangkan letak drawer ni dekat dinding warna soft pink. I kennot imagine, i wanna cry :'))) Cantiknyaaaaaa!


Nice kan. Dah la warna pastel. Kenapa kasut converse? Sebab nak hipster je. Hahaha takdala aku tak kejar tittle dak-dak hispster ni. Ni semua demi persediaan ke alam universiti. Sebab takkan nanti nak pakai selipar, sandal dan kasut sarung jelly sahaja pergi ke universiti? At least kena ada satu kasut cenggini sebab bukan dalam dewan kuliah ja kita belajar. Kena lah mempunyai personaliti yang menarik sikit. Apa-apa pun ni memang kasut idaman aku dari form 5 lagi, sekarang dah umur 20 pun masih belum dapat. Again, #sadstoryinonesentence

c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
 Lazada ni boleh diimprove kan lagi kalau buka outlet dekat Malaysia ni. Contohnya dalam satu kedai tu ada semuanya. Dari produk kecantikan, perabot, barangan elektrik, pakaian dan segala-galanya bawah satu bumbung. Boleh beri kepuasan dekat pelanggan sebab boleh tengok, sentuh dan buat survey dengan lebih mudah dan berkesan. Pertana dalam Malaysia kalau ada kedai yang ada semuanya dalam satu kedai. Kalau boleh buat outlet tu dekat sikit dengan rumah saya :')  Lagi satu, Lazada ni boleh dipertingkatkan lagi kalau tetiap hari ada sales! Hahahaha #jokejokejoke

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 
Happy Birthday yang kelima Lazada! Harap-harap dapat menjadi sebuah rangkaian pusat membeli belah diatas talian yang pertama di hati rakyat Malaysia. Semoga selalu memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan, dapat mengeluarkan lagi pelbagai produk yang berkualiti tapi murah serta dapat mencuri hati saya dengan bebarang yang awesome dari Lazada hahaha. Semoga Lazada sentiasa menjadi #No1 dalam hati rakyat Malaysia. Terima kasih kerana menyediakan perkhidmatan yang baik untuk rakyat Malaysia.

Done jawab semua soalan yang Lazada suruh jawab. Jangan lupa lepas jawab ni sent email dekat contest@lazada.com.my Kalau tak sia-sia saja la usaha engkorang semua. Bagaikan mencurah air ke daun keladi :') Jom semua sapa yang baca ni jom joinnnn ! Sempat lagi ni.

----------------------------------------------------------------------------- 

How to Join – Lazada Birthday Blogger Contest

1. The contest runs from 1st March until 23 March 2017 (11.59pm). 

2. Each contestant (blogger) has to write a post and answer these questions on his/her blog post: 

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

3. The Article must contain screenshots for the three products mentioned in point 2.b (the "Top Product Picks" post). 

4. Contestants are required to submit the link to their post via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Birthday Blogger Contest 

7. Contestants are welcomed to post the article in any language. 

6. Winners will be selected at random. 

Prizes – More Participants More Winners

Depending on the overall number of participants there will be either 10, 20 or 30 winners: 

1. Less than 50 Participants (10 winners) 

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

3. More than 100 Participants (30 winners) 

1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 


Invite your blogger friends to join this contest, so you will increase your chance of winning! The more the merrier! 

Produk Review : Simple Skincare (KIND TO SKIN 3-STEP TRIAL KIT)

Assalamualaikum

Aku ni dah lama bergelut dengan masalah kulit. Skin type aku oily. Oily tak sangka-sangka. Jadi mencuba pelbagai produk untuk mengurangkan sikit masalah aku ni adalah kemestian. selain berminyak, aku juga ada masalah jerawat yang tak pernah selesai. Mak aku kata hormon. Sebab kakak aku pun macam ni dulu. Lagi teruk. Sekarang dah hilang. Parut pun takda. Aku ada masalah jerawat ni masa nak dekat SPM, time tu nak exam Chemistry. Aku stress gila sebab apa yang aku baca semua aku tak faham. So naik la jerawat. Sampai sekarang pula tu. haih.

Suatu hari tu dekat twitter ada orang bagi review pasal Simple Skincare. Macam best ja review ni. Macam nak try ja. Hahahahaha. Jangan jadi macam aku, semua benda nak try. Padahal kulit lain-lain kan. Takpa, jom ke review. Masa aku beli ni guardian buat promosi. So, harga promosi time tu RM19.90 sahaja.

Kind to Skin 3-Step Trial Kit
Ada toner, moisturizer dan cleanser. Kalau beli 1 set trial ni dapat satu beg kecik. Comel !

1. Cleanser
Simple Kind to Skin Refreshing Facial Wash Gel
Hehehe ni gambar dari google ja sebab cleanser ni abang aku ambik bawa pergi lumut. Cleanser ni dalam bentuk gel. Pastu, dia kurang menghasilkan buih yang banyak. Kekadang rasa tak bersih bila cuci muka. Kena letak banyak sikit baru berbuih.

Ingredients:
Aqua, Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Hydroxypropyl Methylcellulose, Sodium Chloride, Panthenol, Disodium EDTA, Sodium Hydroxymethylglycinate, Sodium Hydroxide


2. Moisturizer
 Moisturizer ni light gilaaa. Rasa ringan ja dekat muka. Walau bagaimanapun, setelah aku cuba produk ni selama 2 minggu, jerawat pasir mai dekat muka aku. So sad. Selalunya jerawat besar-besar ja. Bila ada jerawat pasir rasa macam muka mengerutu gila haih.

Ingredients:
Aqua, Glycerin, Paraffinum Liquidum, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Cetyl Palmitate, Dimethicone, Cetyl Alcohol, Panthenol, Borago Officinalis Seed Oil, Carbomer,Potassium Hydroxide, Bisabolol, Methylparaben, Pentylene Glycol, Tocopheryl Acetate,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Disodium EDTA, Propylparaben, Lactic Acid,Sodium Lactate, Mica, 2-Bromo-2-Nitropropane-1,3-Diol, Serine, Sorbitol, Urea, Titanium Dioxide, Sodium Chloride, Allantoin


3. Toner
 Toner dia pun okay sebenarnya. Tapi macam aku cakap tadi, bila aku pakai 1 set ni keluar jerawat pasir hm.

Ingredients:
Aqua, Sorbitol, Sodium PCA, Allantoin, Disodium LaurethSulfosuccinate, Methylparaben,Propylene Glycol, Panthenol, HamamelisVirginiana Distillate, 2-Bromo-2-Nitropropane-1,3-Diol, ChamomillaRecutita Extract, Pantolactone, Phenoxyethanol, Potassium Sorbate, Citric Acid, Butylparaben, Ethylparaben, Propylparaben, Isobutylparaben
Kesimpulannya, bila aku pakai this simple trial skincare, muka aku naik jerawat pasir. Maybe sebab muka aku tak sesuai kot. Sebab ada orang kata kalau oily, guna set yang warna biru bukannya hijau. 
credit here
So dekat situ dah nampak silap pilih skincare. Bila naik jerawat bising satu dunia hahaha. Tapi kenapa yang oily version tak keluar yang trial punya? :( Apa-apa pun setiap orang ada masalah kulit yang lain-lain. Setiap produk yang dicuba mesti berbeza hasil dia. Kenapa nak expect result yang sama kan? Yang penting jangan pakai produk yang ada bahan yang terlarang. Sayangi kulit muka anda. Gittew,

Much love, Fatinun.