Friday, January 13, 2017

The January 2017 Giveaway by Mek Zumbie

Assalamualaikum



Pada tahun 2017 ni, aku nak sambung belajar dekat universiti idaman aku iaitu UTHM. Kenapa UTHM? Sebab hanya UTHM yang menawarkan kos management dalam construction. Kenapa constuction? Sebab ia lebih terjurus ke arah Civil Engineering walaupun tidak sebenarnya. Masa STPM aku sambung business tapi masa SPM aku sambung engineering. So, UTHM je la tempat yang sesuai dengan kos yang aku nak ni.  Apabila menyambung belajar, sudah semestinya aku mahukan sebuah kejayaan yang melimpah ruah dan juga menjadi best student. InsyaAllah. Sebenarnya, belajar ni best cuma nak istiqamah dalam belajar tu susah. Ada ja halangan dia.

Dan perkara lain yang aku nak buat ialah belajar memasak. Aku boleh je masak nasi goreng semua tu, tapi aku nak belajar benda lain pula kan macam makanan omputih ke, makanan jepun ke yang gulung-gulung telur tu. Jadi aku bolehlah berbakti  kepada suami aku nanti tanpa perlu keluar rumah serta berebut parkir hanya untuk menikmati juadah di restoran. Haaa gittew matlamatnya walaupun takda jodoh lagi. Orang kata persiapan awal. Nanti kalau pergi rumah mak mertua, pastu dia suruh masak haaa habislah. Time tu dah umpama mencurah air ke daun keladi.

Perkara lain lagi ialah kukuhkan iman dalam perubahan. Solat awal waktu, tutup aurat dengan sempurna, baca quran, solat sunat dan sebagainya. Orang kata berubah ni senang. Yes, memang senang tapi nak buat semua perkara tu jadi berat sebab dah terbiasa dengan dosa. Allah. Semoga kita dijauhkan dengan benda-benda yang boleh buat kita kufur. Jangan jadi munafik gais. Hew hew.

GIVEAWAY NI BERAKHIR HUJUNG BULAN SATU GAIS. MOH JOIN




3 comments:

AJIM said...

sambung study, memasak and jadi orang lagi baik. insyaAllah good luck dengan hasrat dan contest ni.

Ajim datang dari segmen yang sama. done follow #246. jemput follback yeee.
https://ajemy.blogspot.my/2017/01/the-january-2017-giveaway-by-mek-zumbie.html

Nona Qiyah said...

Betul, nak berubah mudah tapi..nak istiqamah tuuu susahhh~

Kejap baik, kejap dengki..... tabah jela nakkk !

All the best, join gakkkss

http://nonasani.blogspot.my/2017/01/the-january-2017-giveaway-by-mek-zumbie.html

Mek Zumbie said...

good luck :)